Otai Reformis 1998, NGO yang rapat dengan KEADILAN merayu kerajaan Selangor agar tidak menyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) bagi tujuan pembangunan.
Menurut Jurucakap Otai Reformis, Razak Ismail, NGO itu berpendapat hutan simpan berkenaan tidak sesuai untuk dijalankan sebarang projek pembangunan kerana kawasan tersebut kaya dengan pelbagai biodervisiti dan saiznya pula telah jauh mengecil berbanding keluasan asal.
"Otai rayu komponen Pakatan Harapan dalam kerajaan Selangor menasihati pimpinan masing-masing yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor agar tidak meneruskan cadangan nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara dalam mesyuarat Exco yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Razak, Otai menyokong ketetapan yang diluluskan Sidang Dewan Negeri Selangor pada November 2020 lalu yang mempertahankan pewartaan HSKLU dan diluluskan secara sebulat suara. Usul tersebut di bawa oleh Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi.
Sehubungan itu, Otai yang merupakan salah satu gabungan Coalition Of Environmental NGO (COEN) mahu HSKLU yang diwartakan pada 13 Mei 1927 itu dikekalkan.
Hutan Simpan itu tidak wajar dikecilkan lagi kerana saiz asalnya berjumlah 7,246.96 hektar telah mengecil sebayak 97% kepada 957.63 hektar dan dikelilingi oleh pelbagai pembangunan guna tanah di sekitarnya.
Comentários