top of page

NGO Otai Reformis mahu pengendalian operasi tangani banjir Selangor diperbaiki



Pengurusan banjir pada pertengahan Disember 2021 di Selangor yang meragut lebih 20 nyawa dan menyebabkan kerugian beratus juta ringgit perlu diperbaiki segera, agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.


Bagi Otai Reformis 1998, satu siasatan menyeluruh melalui pendengaran SELCAT perlu dilakukan terutama melibatkan peranan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang kurang memuaskan dalam pengarahan proses evakuasi dan bantuan banjir.


Menurut Setiausaha Otai Reformis 1998, Razak Ismail, oleh kerana bencana banjir dibahagikan dalam 3 tahap dan tahap 1 serta 2 diselenggarakan oleh SUK Negeri maka sebarang kelemahan wajar didedahkan kepada umum.


"Otai Reformis 1998 mempertikaikan peranan YB Datuk Haji Haris Kasim, Datuk SUK Negeri Selangor semasa atau sebelum berlakunya banjir besar di beberapa lokaliti di sekitar Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Sg Buloh dan Kuala Selangor.


"Datuk SUK yang bertanggungjawab ke atas Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor yang mengendalikan Bilik Gerakan Bencana di bangunan SUK didakwa telah lewat 'mengaktifkan' bagi mengerakkan aset-aset agensi Kerajaan Negeri.


"Termasuk aset Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), anak syarikat Kerajaan Negeri dan lain-lain pihak berkaitan untuk kerja-kerja memindahkan mangsa-mangsa banjir terlibat," kata Razak dalam kenyataannya.

Razak Ismail

Menurut beliau lagi, rakyat agak terkilan dengan kelewatan pihak berkuasa tempatan, khususnya unit Pantas yang diwujudkan di 12 PBT serta memiliki bot fibre dan aluminium yang tidak segera dibawa ke lokasi banjir sekitar Shah Alam.


"Kita juga dimaklumkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Air Selangor, LUAS dan beberapa Pejabat Tanah dan Daerah mempunyai beberapa buah bot tetapi tidak dikerahkan untuk kerja-kerja pemindahan segera mangsa-mangsa banjir tersebut, semasa peringkat awal berlakunya banjir," katanya.


Oleh itu, kata Razak, bagi memperbaiki gerak kerja dan koordinasi menghadapi banjir pada masa akan datang, Otai mengharapkan satu 'kertas putih' dapat diperolehi daripada pendengaran awam SELCAT mengenai pengendalian prosedur dan protokol operasi banjir berkenaan.


"Kertas putih ini boleh dijadikan 'Standard Operational Procedure' (SOP) kepada semua pihak terlibat bagi menangani banjir besar atau banjir kilat di Selangor pada masa akan datang," katanya lagi.


Selain itu, Otai juga, menurut Razak menyokong penuh gesaan Majlis Presiden Pakatan Harapan mendesak Kerajaan Persekutuan mengadakan Sidang Khas Parlimen dan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat tragedi banjir pada 18 - 24 Disember 2021.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page