top of page

NGO Otai Reformis agih bantuan bakul makanan kepada reformis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 9, 2024
  • 1 min read


Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) kelmarin mengagihkan Kotak Ihsan bakul makanan kepada anggota Otai Reformis yang memerlukan.


Menurut Setiausaha Agung PKORM, Shaiful Anuar Sulaiman, beliau telah mengagihkan puluhan Kotak Ihsan kepada wakil wakil cawangan PKORM pada Sabtu, 6 April di Bukit Beruntung, Selangor.


"Sebanyak 50 kotak kepada ahli-ahli dari Hulu Selangor, Sungai Besar dan Sungai Buluh.


"Manakala pada sebelah petangnya, Pengerusi PKORM Mustapa Mansor telah menyerahkan 25 kotak ihsan kepada ahli-ahli di sekitar Selayang," katanya dalam kenyataan.

Shaiful Anuar (baju hitam) mengaihkan Kotak Ihsan

Sementara itu pada 7 April lalu, PKORM mengagihkan 30 Kotak Ihsan dalam majlis berbuka puasa di Malabar Cafe, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


Pengagihan dilakukan oleh Otai Reformis senior yang juga mantan Exco Selangor, Ronnie Liu.


Turut bersama dalam majlis berkenaan adalah Presiden protem PKORM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa dan mantan setiausaha Otai Reformis, Razak Ismail.


Untuk rekod, sebelum ini Yayasan Madani yang diasaskan oleh Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh telah mengagihkan ratusan Kotak Ihsan kepada beberapa pertubuhan termasuk PKORM.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page