top of page

NGO KitaBudakAmpang, KEADILAN beri sumbangan Tahun Baharu Cina



NGO #KitaBudakAmpang bersama KEADILAN Cabang Ampang semalam memberi sumbangan kepada masyarakat Cina yang memerlukan di Pasar Baru Ampang.


Sumbangan disampaikan oleh pengasas #KitaBudakAmpang, Datuk Hans Isaac (gambar, dua dari kiri).


Menurut beliau, sumbangan tersebut merupakan lanjutan aktiviti NGO beliau bersama KEADILAN Ampang sejak setahun lalu.


Katanya, KitaBudakAmpang akan menghulurkan bantuan apabila mendapat maklumat terdapat golongan yang perlu dibantu. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Mr Chong kerana mengumpulkan maklumat penduduk yang memerlukan bantuan.


"Kita bergerak di Ampang di bawah NGO KitaBudakAmpang sejak setahun lalu. Oleh kerana perayaan Tahun Baharu Cina kami pun datang untuk beri sedikit bantuan dan juga mengucapkan kepada sabahat-sahabat di Ampang selamat Tahun Baharu Cina.


"Maklumat golongan yang perlu dibantu kita dapat dari Mr Chong. Bila kami dapat maklumat penting, team KitaBudakAmpang turun membantu.


"Bantuan ini tidak memilih sesiapa. Benda ini sesiapa yang perlu bantuan, kita bantu. Hari ini kita beri bantuan untuk warga emas," katanya.


Selain sumbangan kepada warga emas, menurut Hans, NGO #KitaBudakAmpang juga memberi bantuan kepada Golongan Kurang Upaya dan sebagainya.


Menjawab pertanyaan wartawan, adakah program sumbangan beliau itu cuba menyaingi Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Hans mengalu-alukan mana-mana pihak, kerajaan atau NGO yang ingin membantu rakyat di Ampang.


Katanya yang penting penduduk Ampang mendapat keselesaan dan bukannya dari mana bantuan tersebut datang.


"Saya rasa tidak (menyaingi Zuraida), saya buat bawah NGO KitaBudakAmpang. Saya bergerak sudah setahun lebih, sebelum itu juga ada cuma tidak diwar-warkan. Kalau YB (Zuraida) juga beri bantuan untuk rakyat, kita mengalu-alukan.


"Saya seronok kalau saya beri bantuan di Ampang dan orang-orang lain juga cuba memberi bantuan, yang dapat manfaat adalah rakyat. Saya buat kerja saja," katanya lagi.


Turut serta dalam program tersebut saudara Shahrom, Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Ampang yang turut mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada penduduk Ampang.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page