NGO KitaBudakAmpang anjur iftar erat perasaan muhibah pelbagai kaum


NGO @KitaBudakAmpang baru-baru ini menganjurkan majlis berbuka puasa pelbagai bangsa dalam kalangan kenalan NGO berkenaan di Ampang.


Menurut pengasas NGO itu, aktivis KEADILAN Hans Isaac, majlis tersebut selain memupuk perasaan muhibah juga untuk saling mengenali budaya antara kaum.


"Kami dari Kelab @KitaBudakAmpang sangat gembira dapat melaksanakan Iftar Ramadan dengan semangat kekeluargaan bersama sahabat-sahabat dari Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa, Ampang. Dalam majlis ini, kami dapat bersantai berbicara mengenai keharmonian masyarakat sambil menghayati indahnya Ramadan.


"Dalam kemeriahan ini juga, perlaksanaan SOP dipatuhi sepenuhnya dan kami sendiri memastikan pemakaian pelitup muka serta penjarakkan dilaksanakan sepanjang majlis itu tanpa ada kompromi," kata Hans.

Hans (baju putih) memberi bubur lambuk

Beliau berharap majlis seperti itu juga dapat diteruskan. Hans juga mengucapkan terima kasih kepada rakan dan kenalan yang sudi hadir ke majlis tersebut.


Selain itu, sempena Ramadan ini NGO KitaBudakAmpang juga menganjurkan gotong royong memasak bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa kepada penduduk Ampang.


Baru-baru ini, Hans sendiri bersama-sama NGO setempat turun mengagihkan bubur lambuk berkenaan di Taman Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Selangor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER