top of page

NGO Kita Budak Ampang beri sumbangan motorsikal



NGO #KitaBudakAmpang turun padang memberi sumbangan kepada penduduk yang memerlukan. Kali ini NGO yang diterajui oleh artis terkenal Datuk Hans Issac itu menyumbang sebuah motorsikal kepada seorang mualaf.


Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yusof mengucapkan penghargaan di atas pemberian kenderaan untuk kemudahan urusan hariannya.


"Saya berterima kasih kepada Datuk Hans Isaac dan juga team Datuk yang membantu saya. Bagi saya ini adalah hadiah besar yang saya pernah terima," kata Yusof ketika menerima sumbangan.


Pengasas Kita Budak Ampang, Hans Isaac pula mengucapkan terima kasih kepada penduduk Ampang yang bersama-sama NGO Kita Budak Ampang mengusahakan bantuan kepada warga memerlukan.


"Sebenarnya ramai team Kita Budak Ampang yang usahakan. Ini adalah usaha dari semua. Bukan saya sahaja. Mungkin saya bagi inisiatif tetapi yang buat kerja di sebalik tabir ramai, mereka bantu kami untuk program CSR di Ampang.


"Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, NGO kami setiap minggu akan turun padang. Kami juga akan turun ke Hulu Langat untuk bantuan mangsa banjir di sana.


"Saya berterima kasih kepada orang-orang Ampang yang menghantar barang ke pejabat saya untuk bantuan kepada keluarga susah.

Tidak kira parti mana, apa agama, kalau susah kami bantu. Kita semua rakyat Malaysia," katanya.


Ditanya wartawan bilakah NGO Kita Budak Ampang ditubuhkan dan apakah matlamatnya, Hans yang telah menjadi ahli KEADILAN sejak beberapa bulan lalu berkata, NGO itu bermula pada awal 2020 dan bertujuan membantu semua rakyat yang kurang bernasib baik.


"Sebenarnya (niat membantu) bermula masa saya dapat gaji dari FINAS dan saya beri balik gaji itu kepada kru dan produksi yang susah masa Covid.


"Sejak itu saya fikir kalau saya boleh bantu orang dalam industri saya, mengapa tidak boleh bantu orang di kawasan saya. Saya di Ampang sudah lebih 40 tahun. Saya budak Ampang. (Oleh itu) saya mulakan usaha dan team saya di Ampang.


"Bila buat kerja kebajikan, kita jangan fikir hanya tentang parti. Kita buat untuk masyarakat, walaupun Pas, BN, DAP, kalau kita mampu kita akan tolong," katanya lagi.


Kita Budak Ampang sebelum ini aktif menghulurkan bantuan barangan keperluan harian kepada pendudduk setempat dan bekerjasama dengan KEADILAN Cabang Ampang dalam kebanyakan aktivitinya.


1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page