![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_1521311dc438435fa50c1c2f822342fc~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_637,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_1521311dc438435fa50c1c2f822342fc~mv2.jpg)
NGO RAPAT, sebuah pertubuhan membela kebajikan aktivis Reformis berjaya menganjurkan aktiviti korban sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
Aktiviti yang dianjurkan bersama Koperasi K3M itu membabitkan sebanyak 28 ekor lembu dalam program Qurban Rapat Rakyat (QRR).
![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_2bd7cd650a5f4718870a0ac1e18d4f03~mv2.jpg/v1/fill/w_738,h_453,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_2bd7cd650a5f4718870a0ac1e18d4f03~mv2.jpg)
Menurut Presiden RAPAT, Mustaffa Kamil Ayub, sebanyak 11 ekor telah diperuntukkan bagi golongan asnaf di DUN Kota Damansara dan Parlimen Sungai Buloh. Majlis agihan diadakan pada 31 Julai dan 5 Ogos lalu.
"Program QRR kali ini menggunakan model baharu dengan sembelihan berpusat di rumah sembelihan dan dipek 1 kg daging siap untuk edaran.
"Pakar pemakanan Prof Madya Dr Wan Jasimah dari Universiti Malaya memberi perakuannya.
"Daging qurban juga diedarkan sekitar lembah Kelang dan beberapa pusat Muhajirin Rohingya serta Yamen di Malaysia," katanya.
Menurut Mustaffa lagi, program QRR itu turut membabitkan peserta dari Helwa Sungai Penchala dan Kota Damansara, IKRAM Petaling, MRA, HEMICO, PKUF, Tabung Amanah Hati Nusantara, Sahabat Sezaman dan orang perseorangan.
Comments