Hujan lebat yang berterusan di Felda Bukit Besar, Kulai beberapa hari lalu telah mengakibatkan kediaman seorang warga emas mengalami runtuhan tanah di hadapan rumahnya.
Di atas sikap prihatin NGO pro KEADILAN, Jingga 13 Johor telah melancarkan sumbangan bagi meringankan beban Puan Zainon, yang juga merupakan bonda kepada Zabidie Abas, Koordinator Jingga13 Johor.
Menurut Setiausaha Jingga 13 Johor, Jaafar Matek, musibah itu juga mendapat perhatian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari.
"Datuk Menteri Besar Selangor merupakan Mantan Naib Ketua AMK Malaysia yang merupakan sahabat saudara Zabidie, mantan Ketua AMK Johor dan beliau menghulurkan sumbangan zakat bagi meringankan bebanan yang ditanggung bonda Zabidie.
"Selain itu, Pertubuhan Generasi KEADILAN Johor dan Ahli Parlimen Sekijang, YB Natrah yang juga Penasihat Jingga13 Johor serta anggota KEADILAN dari Cabang turut berkunjung dan membantu," katanya.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail dan Nazri Ismail mewakili Pertubuhan Generasi KEADILAN Johor yang mewakili MB Selangor.
Turut hadir bersama Komrad Jingga 13 Johor dan Anggota KEADILAN dari beberapa Cabang di Johor.
Comments