top of page

NGO harus saling kerjasama - Setiausaha Politik PM



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa mewujudkan perhubungan baik antara satu sama lain khususnya di Tambun, Perak.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, beliau yakin dengan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui prinsip serta rukun Madani akan dapat diterjemahkan dengan usaha dan dukungan NGO-NGO.


Sikap saling membantu dan berhubung merupakan kunci kejayaan, kata Ahmad Farhan. Beliau turut melontar pandangan seandainya NGO saling berbagi sumber daya, pengalaman, pengetahuan, kebolehan dan kepakaran maka taraf kehidupan masyarakat di Tambun akan dapat ditingkatkan.


"Melalui kerjasama dan kekuatan kolektif, kita dapat mencapai banyak perkara yang bermanfaat bagi masyarakat lingkungan.


"Pertukaran pengetahuan dan pengalaman antara NGO-NGO di Tambun adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan dan keberlanjutan program dan projek yang kita jalankan," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan NGO Parlimen Tambun Bersama Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia di Hotel Tower Regency, Ipoh, semalam.


Dalam pada itu, Ahmad Farhan menegaskan, adalah penting bagi semua NGO untuk menjalin hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki perkhidmatan kepada masyarakat.


"Melalui gandingan yang kukuh serta persefahaman yang mantap, kita mampu meningkatkan dampak dan jangkauan pelbagai program sosial yang kita anjurkan.


"Kerjasama dengan pihak berkuasa setempat dapat membantu mempercepat proses pembangunan dan menangani isu-isu rumit dan kompleks," tambahnya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page