top of page

NGO Haluan bantu PH Simpang Renggam bersih rumah mangsa banjir

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 9, 2021
  • 1 min read


NGO Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam membersih rumah penduduk yang dilanda banjir.


Menurut kenyataan PH Simpang Renggam, NGO cawangan Johor itu aktif membantu di beberapa kampung.


"HALUAN, NGO cawangan Johor melakukan amal berbakti kepada penduduk Kampung Sungai Linau yang dilanda musibah banjir dengan gerak kerja pembersihan kediaman mangsa berikutan surutnya air banjir yang melanda kediaman mereka selama lebih 3 hari yang lalu.


"Keakraban Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik selaku mantan Menteri Pendidikan dengan warga pendidik menjadi salah satu faktor NGO atau Persatuan sebegini turun untuk membantu," tulis PH Simpang Renggam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page