top of page

NGO Gombak Care anjur dialog kesihatan bersama masyarakat Gombak



NGO Gombak Care yang sering berkerjasama dengan pemimpin tempatan di Parlimen Gombak menganjurkan program Happy & Healthy Gombak bagi mendidik masyarakat ke arah gaya hidup sihat.


Program yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor (kawasan Gombak), Abdul Rahim Kasdi itu menghidangkan ceramah kesihatan dan dialog santai bagi penduduk setempat memperbaiki kesihatan diri serta motivasi menghadapi kehidupan selepas pandemik Covid 19.


Dalam ucapan perasmiannya, Rahim yang juga Penyelaras DUN Gombak Setia berkata, pendidikan kesihatan perlu kepada masyarakat untuk hidup dalam suasana bersama-sama virus Covid.


"Inilah mungkin (fasa endemik) sebahagian yang ingin dididik oleh Gombak Care, ke arah bagaimana kita harus menghadapi penghidupan baru dalam suasana endemik Covid 19.


"Covid banyak merobah penghidupan kita dan mempunyai kesan yang agak lama. Mungkin virus ini akan terus berada bersama kita. Yang paling penting ialah proses kita menjalani kehidupan, jarak satu meter, pakai pelitup muka dan begitulah seterusnya.


"Di negeri Selangor (jangkitan) masih tinggi tetapi kita secara konsisten telah mendapat kesan dari vaksinasi. Kita tidak bergantung dengan kementerian sahaja, malah kita beli vaksin sendiri bagi mempercepatkan vaksinasi. Dalam masa sama kita dapat kehidupan yang lebih selesa," katanya dalam ucapan di Dewan Pangsapuri Bukit Baru, Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur.


Ustaz Zamri (mantan Pegawai Khas TPM Datuk Seri Dr Wan Azizah) memberi ucapan santai

Rahim turut mengucapkan tahniah kepada NGO Gombak Care yang aktif membantu masyarakat, malah ketika wabak melanda dan penduduk memerlukan bantuan makanan harian.


Juga ketika suasana politik yang kurang stabil, katanya, peranan NGO amat penting sebagai penghubung antara masyarakat dan kerajaan.


"Dengan ketidakstabilan politik maka NGO memainkan peranan yang besar, di mana masyarakat lebih selesa didekati oleh NGO daripada didekati oleh parti politik. Jadi Gombak Care ini menjadi penghubung antara masyarakat dan pimpinan," katanya lagi.


Program dialog santai itu turut mengundang Cikgu Amidi Abd Manan, Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pegawai Khas Exco Agama Islam dan Pengguna Selangor di samping Syed Ali Syed Harun al Idrus sebagai Pengerusi Gombak Care.


Program berkenaan juga mengajar penduduk dan menghidangkan jamuan diet berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi meningkatkan imunisasi diri menghadapi virus.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page