top of page

NGO El Amir anjur Kenduri Rakyat Aidiladha santuni gelandangan



NGO El Amir dan Pasukan Pandan Mewah di bawah koordinasi Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pandan, Mohd Ifwat Amir Hamirudin baru baru ini menganjurkan Program Kenduri Rakyat AidilAdha 2024 bagi menyantuni para gelandangan dan golongan tidak bernasib baik.


Menurut Mohd Ifwat yang juga Pengerusi NGO EL Amir, tujuan program tersebut adalah untuk memperkukuhkan semangat kesatuan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, sekaligus menyemarakkan semangat pengorbanan dan kepedulian sesama masyarakat.


"Saya sering kali berfikir, apabila kita tidak dapat menikmati makanan yang kita suka kita akan merasa moody sepanjang hari.


'Namun, kita sering lupa bahawa terdapat ramai yang bukan sahaja tidak dapat menikmati makanan kegemaran mereka, tetapi juga tidak mampu untuk mendapatkan makanan untuk sehari, walaupun tinggal di negara moden ini.


"Hakikat ini benar-benar membuka mata kita untuk lebih menghargai apa yang kita miliki dan lebih peka terhadap kesusahan orang lain," katanya dalam kenyataan.


Ahli NGO dan anggota KEADILAN yang terlibat memberi makanan kepada gelandangan

Tambah beliau, kehadiran ahli ahli NGO termasuk anggota KEADILAN yang tanpa kenal lelah membantu dan menyumbang tenaga dalam menjayakan program berkenaan benar-benar memberi inspirasi.


Hal itu juga, katanya, menginsafkan beliau dan ahli-ahli lain bahawa masih banyak rakyat yang hidup dalam kesusahan, meminta-minta, dan tidak mempunyai tempat berteduh.


"Melalui program seperti ini, kita dapat menyentuh hati dan kehidupan mereka, memberikan sedikit sinar harapan dan kegembiraan dalam kehidupan seharian.


"Saya berharap pasukan NGO dan KEADILAN ini akan meneruskan dengan program komuniti dan menerapkan nilai-nilai ihsan semenjak zaman Reformasi iaitu Keadilan untuk semua rakyat," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page