top of page

NGO CVC19 Johor beri bantuan kepada 3,000 keluarga

Updated: Apr 23, 2020

Minggu kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan rakyat berpendapatan rendah di Johor amat memerlukan bantuan makanan.


NGO CVC19 Johor beri bantuan kepada 3,000 keluarga

Peningkatan golongan yang memerlukan bantuan meliputi keluarga yang bekerja di Singapura, pekerja gaji harian di Johor serta masyarakat Orang Asli. Sehubungan itu, misi NGO Community Volunteers Covid-19 (CVC19) di bawah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) semakin mencabar.


Menurut Penyelaras CVC19, Dato’ Amilizan Mazlan, kebanyakan keluarga mengadu bahawa mereka terputus bekalan beras, gula, kopi, telur, mee segera, lampin dan susu bayi. Katanya, beberapa ribu keluarga telah dibantu namun masih terdapat senarai menunggu baharu.


"Hampir 3,000 keluarga telah kami dibantu secara adhoc"


“Ada keluarga datang merayu kehabisan makanan, wang atau anak kecil yang tidak makan. Mereka hanya makan bubur nasi dengan ikan kering"


“Sehingga hari ini CVC19 Johor berjaya membantu mereka. Namun kami menerima tambahan permohonan, terutama mereka yang berada di kawasan pedalaman. Hampir 1000 permohonan baru,” ujarnya.


Kata Amilizan, sepanjang bulan April, CVC19 telah menggerakan operasi kesukarelawaannya di Batu Pahat, Muar, Tangkak, Johor Bahru, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat. Di setiap daerah pasukan CVC19 diketuai oleh ketua Zon Daerah dan wakil ahli parlimen. Bagaimanapun, menurut beliau, NGO tersebut mengalami kekurangan sumber untuk memberi bantuan. Oleh itu, beliau menyeru syarikat korporat mahu pun rakyat prihatin menghulurkan sumbangan kewangan.


“CVC19 Johor mempunyai kekangan sumber bekalan makanan dan berharap syarikat-syarikat korporat dapat menyalurkan dana kepada program ini. Sumbangan boleh disalurkan ke tabung CVC19 atau Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)"


“CVC19 juga bekerjasama dengan IMARET dan UNCHR bagi memberi sumbangan kepada pelarian Rohingya serta warga asing yang terputus bekalan,” tambahnya."


Selain itu, menurut Amilizan, misi CVC19 bakal diperhebatkan lagi pada bulan Ramadan ini sekiranya PKP diteruskan. Jika PKP ditarik balik maka misi pasca PKP dianggap sama mencabar ketika ekonomi terjejas teruk.


Oleh itu, katanya, CVC19 Johor sedang berusaha mewujudkan Food Bank bagi memberi bantuan makanan secara berterusan kepada rakyat.


Aktiviti NGO CVC19 boleh diikuti setiap masa di alamat Facebook: https://www.facebook.com/CovidCVC19Johor/

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page