top of page

NGO anjur program pemantapan Sains, Matematik, tarik 300 peserta



Oleh: Abdullah Zaid


Program Pemantapan Matematik dan Sains telah dilancarkan di Parlimen Kuantan, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur baru-baru ini.


Program itu dijayakan oleh dua NGO, iaitu Kuantan Prihatin (KP) dan Persatuan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) yang berjaya menarik sekitar 300 peserta dalam program itu.


Menurut Pengerusi Kuantan Prihatin (KP), Fakhrul Anuar Zulkawi yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, anjuran program berkenaan dengan kerjasama Kuliyyah Of Science Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menarik minat pelajar untuk menguasai dua mata pelajaran penting berkenaan.



"Sebanyak 3 buah sekolah dipilih menyertai program ini iaitu SMK Tanjung Lumpur, SMK Sungai Soi dan SK Sungai Soi membabitkan seramai 50 orang mahasiswa-mahasiswi UIAM yang telah menyumbang tenaga menjayakan program.


"Selain itu, program yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari itu dilaksanakan di sekolah masing-masing dan para pelajar dibahagikan kepada 10 orang pelajar setiap kumpulan bersama 2 orang fasilitator UIAM.


"Ia bertujuan untuk menanam minat para pelajar menguasai mata pelajaran matematik dan sains serta meningkatkan penguasaan kedua-dua subjek kritikal tersebut di kalangan pelajar-pelajar daripada keluarga asnaf dan B40 di Parlimen Kuantan," katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, program yang sudah bermula sejak 2016, kini telah memberi manfaat kepada lebih 1,500 orang pelajar di Parlimen berkenaan.


"Rangsangan-rangsangan seumpama ini perlu dilipatgandakan lagi di dalam memastikan penglibatan dan penguasaan pelajar dalam STEM ditingkatkan," kata Fakhrul lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page