top of page

NETR mampu wujudkan 350,000 peluang pekerjaan - Rafizi


Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli optimis Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) mampu mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2050.


Katanya, NETR juga boleh menyumbang 10 hingga 15 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada negara.


"Bagi manfaat ekonomi, kami menjangkakan NETR akan meningkatkan nilai KDNK sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada produk industri Pertumbuhan Tinggi dan Bernilai Tinggi (HGHV), selain dapat membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) bernilai tinggi ke Malaysia.


"Selain itu, rakyat juga mendapat manfaat 350,000 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan dalam sektor HGHV di seluruh negara.


"Apa yang paling penting adalah 70 peratus pendapatan itu akan dibawa kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.


Rafizi Ramli berkata demikian ketika berucap dalam ucap tama pada hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.


Selain itu, katanya, kerajaan juga akan menetapkan hala tuju dan dasar strategik melalui Majlis Tenaga Negara (MTN) bagi membolehkan jawatankuasa kerja yang lebih efisien diwujudkan.


Justeru, kerajaan bercadang untuk mengadakan mesyuarat kali pertama MTN pada awal Oktober ini.


"Penubuhan Majlis Tenaga Negara (MTN) ialah isyarat kukuh kepada ikhtiar kerajaan untuk bergerak mengikut pelan tindakan dan aspek pelaksanaannya," ujar Rafizi.


Beliau turut berkata, kemudahan Peralihan Tenaga Negara bukan sahaja satu lagi kemudahan yang menempatkan pelaburan kerajaan tetapi juga akan melaksanakan instrumen kewangan gabungan yang inovatif bagi menyatukan pembiayaan daripada saluran awam, swasta dan dermawan


Bagi perniagaan pula, katanya, infrastruktur dan teknologi baharu tersebut akan menjadi pendorong untuk pelaburan masuk.


"Campuran tenaga lebih bersih dan kecekapan tenaga juga akan mempersiapkan industri kita agar kita bersedia apabila perhatian diberikan kepada produk lebih hijau," katanya lagi.


Kerajaan juga, tambahnya, turut memperkenalkan Peralihan Bertanggungjawab 2050, iaitu laluan rendah karbon untuk sektor tenaga bermula tahun ini hingga 2050, yang lebih progresif berbanding Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 yang dinyatakan sebelum ini.


0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page