top of page

Netizen perlu terus hasilkan kandungan kreatif sokong Palestin - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 25
  • 1 min read

Datuk Fahmi dalam majlis perasmian pameran realiti maya (VR) Gaza Time Tunnel sempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi
Datuk Fahmi dalam majlis perasmian pameran realiti maya (VR) Gaza Time Tunnel sempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyuarakan kebimbangan terhadap langkah terbaharu TikTok yang dilapor bakal bergantung sepenuhnya kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menapis kandungannya.


Tegasnya, langkah platform itu untuk mengurangkan tenaga kerja moderator manusia boleh membuka ruang kepada kandungan pro-Zionis menembusi algoritma sekali gus menimbulkan risiko terhadap pengguna di Malaysia.


"Meskipun isu itu dilaporkan berlaku di New York, saya bimbang sekiranya kandungan pro-Zionis ini mula masuk ke dalam algoritma kita.


"TikTok telah dilesenkan di Malaysia. Kalau perlu, kita akan ambil tindakan tegas. Namun, kita juga tahu ramai rakyat menggunakan platform ini untuk berniaga dan berkarya, jadi kita akan cari titik keseimbangan," katanya dipetik.


Fahmi sebelum itu merasmikan pameran realiti maya (VR) Gaza Time Tunnel sempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka pada Ahad.


TikTok dilapor melantik seorang bekas pegawai tentera Israel, Erica Mindel sebagai Pengurus Dasar Awam Ucapan Kebencian di New York, Amerika Syarikat.


Fahmi menegaskan beliau telah menghubungi CEO TikTok bagi memberi bantahan awal terhadap perkara itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menyeru rakyat Malaysia memperhebatkan solidariti terhadap Palestin dengan menghasilkan kandungan kreatif di media sosial yang membawa mesej pembebasan negara itu.


"Netizen Malaysia terbukti antara yang paling konsisten dan berkesan dalam menyuarakan sokongan melalui pelbagai pendekatan kreatif.


"Usaha sebegini masih diperlukan, terutama bagi memastikan mesej pembebasan Palestin terus bergema di seluruh dunia," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page