top of page

Netizen berang, #AdhamBabaLetakJawatan tular di Twitter


Tindakan Menteri Kesihatan, Adham Baba yang memendekkan tempoh kuarantin terhadap menteri nampaknya mengundang kemarahan netizen sehingga tularnya tanda pagar #AdhamBabaLetakJawatan di Twitter.


Arahan baharu itu adalah berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari dikeluarkan oleh Adham disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan hari ini.


Dokumen pewartaan tersebut bertajuk ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ berkuatkuasa pada Selasa, 9 Februari hingga 1 Ogos ini.


Perintah itu menyebut bahawa menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari.


Perintah itu juga menyebut, jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada pemakaian seksyen 15 Akta.


Sebaik sahaja perintah itu diketahui umum, netizen terutamanya di Twitter rata-rata tidak berpuas hati dan mula menularkan #AdhamBabaLetakJawatan, sehingga mencecah lebih 10,000 twit.


"Kalau ada super spreader di Malaysia lepas perubahan SOP ini, kita tahu siapa yang harus dipersalahkan," kata salah seorang netizen Twitter.


Seorang lagi pengguna Twitter, Michelle J Brohier juga berang dengan tindakan Adham.


"Berhenti bagi menteri buat apa saja yang mereka suka!" katanya.


Pengguna Twitter, Azwan Azmi turut meluahkan kebimbangan terhadap tindakan Adham.


"Sangat merisaukan lepas dapat tahu menteri kabinet tidak perlu patuh kepada SOP kuarantin," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page