top of page

Negeri Sembilan tambah bantuan Covid 19, tangguh sewa premis kerajaan negeri



Kerajaan Negeri Sembilan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid 19.


Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Haron berkata, belanjawan yang dibentang tahun lalu telah meluluskan beberapa bantuan yang perlu untuk suasana yang dijangkakan berlaku hari ini.


"Dalam bajet tersebut kita mengusulkan tabung usahawan negeri berbentuk geran RM3 juta kepada 1,000 usahawan. Juga tabung usahawan Plus sebanyak RM3 juta untuk meningkatkan lagi kebolehan usahawa berupa pinjaman tanpa faedah.


"Bagi penjaja kita telah luluskan RM3 juta untuk menyediakan pembinaan pusat penempatan semula penjaja bagi menempatkan 3,000 penjaja.


"Mengenai siswazah yang sukar mendapatkan pekerjaan, kita sediakan program siswazah tani dengan peruntukan RM500,000 di mana kita akan berikan RM10,000 kepada siswazah yang ingin mengusahakan aktiviti pertanian sebagai pendapatan mereka. Untuk anak muda yang ingin menyertai pertanian juga kita beri RM500,000.


"Kita turut menyediakan food bank kepada mereka yang terjejas pendapatan atau sesiapa yang memerlukan. Peruntukkan untuk food bank kira-kira RM1 juta," katanya dalam bual bicara MB dan Ketua Menteri bersama Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.


Aminuddin turut memaklumkan peruntukan khas sebanyak RM10 juta menangani Covid.


Buat masa sekarang, katanya, kerajaan telah menggunakan hampir RM2.6 juta bagi mereka yang ditempatkan di pusat kuarantin dan barisan hadapan.


Di samping itu, beliau dan Exco Kerajaan Negeri juga bersetuju mencarum 10% gaji yang dipotong selama 6 bulan bagi membantu rakyat. Potongan gaji bermula sejak Januari 2021.


"Kita turut kecualikan bayaran permohonan lesen penjaja selama setahun, seperti penjaja pasar malam, pasar tani, penjaja lori kecil dan penjaja bazar Ramadan.


"Kerajaan juga mengecualikan bayaran sewa gerai di semua PBT bagi Januari dan Februari. Bantuan peranti (tablet) kepada anak-anak sekolah dan bantuan RM1,000 kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat Covid.


"Oleh kerana tiada program sambutan Tahun Baharu Cina, maka peruntukan itu kita pindahkan kepada program bakul makanan dan diberikan kepada mereka yang memerlukan," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page