Negeri Sembilan sumbang lebih RM46 bilion pada KDNK 2020


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan telah menyumbang RM46.302 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2020.


Beliau berkata, jumlah itu adalah berdasarkan pembentangan pencapaian KDNK negeri dan daerah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang disampaikan oleh Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.


"Pada tahun 2020, Negeri Sembilan menyumbang RM46.302 bilion kepada keluaran negara. Jumlah ini sedikit menurun berbanding tahun 2019 yang mencatatkan jumlah RM48.033 bilion.


"Penyumbang utama kepada KDNK di Negeri Sembilan bagi tahun 2020 adalah sektor perkhidmatan dengan 51.4 peratus daripada jumlah keseluruhan diikuti dengan sektor pembuatan dengan 36.7 peratus," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perangkaan kerana meluangkan masa untuk menerangkan berkenaan dapatan bancian yang dijalankan oleh pihak DOSM.


"Maklumat yang diperolehi oleh DOSM ini sudah pasti akan membantu kerajaan negeri terutamanya dalam merangka pelan pembangunan yang efektif terutamanya dalam situasi pasca pandemik ini, Insya-Allah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER