top of page

Negeri Sembilan raih hasil lebihi sasaran



Hasil urus tadbir yang cemerlang telah membolehkan Kerajaan Negeri Sembilan meraih kutipan hasil melebihi sasaran untuk tahun 2023.


Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri meraih RM541.2 juta atau 120.2 peratus melebihi sasaran RM450 juta yang ditetapkan tahun lalu.


Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Negeri di Seremban pada Rabu beliau menjelaskan, hasil bukan cukai menyumbangkan kutipan tertinggi sebanyak RM325.01 juta atau 142.57 peratus diikuti dengan terimaan bukan hasil sebanyak RM63.94 juta atau 102.8 peratus.


Hasil cukai pula adalah sebanyak RM152.33 juta atau 95.31 peratus.


"Dalam Belanjawan 2023 yang lalu, kita menganggarkan defisit sebanyak RM108.96 juta, namun begitu, berkat kesungguhan dan gerak kerja cemerlang semua pejabat pemungut hasil, kerajaan negeri berjaya mengubah belanjawan defisit dari RM108.96 juta kepada surplus sebanyak RM4.79 juta.

"Ini adalah pencapaian tahun kedua berturut-turut berubah belanjawan defisit kepada surplus," katanya dipetik.


Pada sidang media itu juga beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga telah berjaya melaksanakan sebahagian besar inisiatif yang dirancang khususnya untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.


Bagi tahun 2024, pentadbirannya akan terus berusaha untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM520 juta serta melaksanakan pelbagai program dan projek yang ditetapkan di bawah sembilan teras aspirasi dan skim sejahtera rakyat seperti mana dibentangkan semasa Belanjawan 2024, Disember lalu.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page