top of page

Negeri sembilan peruntukkan RM500,000 bantu nelayan



Sebanyak RM500,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu golongan nelayan di negeri itu.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan menerusi Insentif Galakan Nelayan (Ingen) itu berupa geran berjumlah antara RM5,000 hingga RM15,000 seorang bertujuan untuk membeli kelengkapan, alatan dan bagi tujuan baik pulih bot.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan adalah tertakluk kepada kelayakan dan pengesahan diberikan agensi kerajaan berkaitan.


Dalam ucapan pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Nelayan Negeri Sembilan di Port Dickson pada Khamis, Aminuddin memaklumkan berdasarkan rekod pada 29 Oktober 2022, seramai 12 orang nelayan telah menerima bot fibre, 30 nelayan menerima enjin bot dan 19 nelayan menerima pelbagai jenis peralatan menangkap ikan.


"Itu adalah antara komitmen kerajaan negeri selepas negara dilanda wabak Covid-19. Kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan yang meliputi nelayan dan penternak akuakultur kerana mereka merupakan pihak berkepentingan utama dalam ekosistem makanan negara.


"Pembangunan perikanan laut dan perikanan darat perlu dipertingkatkan melalui galakan inovasi dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi serta kepelbagaian spesis kultur bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara," katanya


Terdahulu pada majlis berkenaan, seramai 276 orang nelayan menerima Elaun Sara Hidup Nelayan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM82,800 secara tunai

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page