top of page

Negeri Sembilan naikkan elaun guru takmir



Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan KEADILAN bersetuju menaikkan elaun guru takmir di seluruh negeri itu.


Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dengan kenaikan elaun RM50 itu seramai 289 orang guru takmir akan menikmati elaun berjumlah RM600 sebulan.


"Kerajaan Negeri Sembilan sedar bahawa guru-guru takmir sangat penting dalam menyampaikan ilmu agama Islam kepada masyarakat akar umbi.


"Justeru sebagai menghargai sumbangan guru-guru takmir dalam mendidik masyarakat, Kerajaan Negeri bersetuju menambah elaun mereka sebanyak RM50 sebulan bersamaan dengan RM600.


"Besarlah harapan saya agar penambahan elaun ini dapat membantu mereka dalam menegakkan syiar Islam di samping menyampaikan ilmu kepada masyarakat Islam di seluruh negeri, insyaAllah," katanya dalam hantaran Facebook.


Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Sikamat itu berkata, inisiatif tersebut yang bertujuan menghargai sumbangan guru-guru takmir mendidik masyarakat termaktub dalam Belanjawan Negeri Sembilan sejak 2021 sehingga tahun ini.


Beliau turut berharap kenaikan elaun ini akan terus menyuntik semangat buat para guru yang telah berjaya mendidik anak bangsa memahami dan mendalami ilmu agama menjadi insan berakhlak dan berintegriti.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page