top of page

Negeri Sembilan lancar Tabung Mangsa Banjir Baling

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jul 7, 2022
1 min read


Kerajaan Negeri Sembilan melancarkan Tabung Mangsa Banjir Baling, Kedah melalui Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH).


Menurut Exco Belia dan Sukan, Datuk Taufek Abdul Ghani, sasaran awal kutipan tabung itu adalah sebanyak RM20,000.


"Sumbangan yang terkumpul akan dihantar selewat-lewatnya 9 Julai ini.


"Selain sumbangan, pihak TABAH juga akan menghantar sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana.


"Tabung ini akan diletakkan di Wisma Kerajaan Negeri serta anak syarikat Kerajaan Negeri," katanya dipetik Negeri Kita.


Taufek turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kerana sudi melancarkan tabung berkenaan.


"Semoga sumbangan serta usaha yang dilakukan ini dapat memulihkan semangat dan memberikan harapan kepada mereka yang terjejas," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page