Negeri Sembilan kukuh kesiapsiagaan hadapi monsun
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Kerajaan Negeri Sembilan memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan operasi bagi menghadapi musim tengkujuh susulan peralihan Monsun Timur Laut.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) berkata, langkah di semua peringkat itu diambil sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berikutan jangkaan peningkatan jumlah taburan hujan.
"Menghadapi Monsun Timur Laut yang bermula awal November, kita sedia maklum bahawa purata hujan tahunan Negeri Sembilan adalah antara 1,800mm hingga 1,900mm. Setakat 18 November, jumlah yang direkodkan sudah mencecah 1,190mm.
"Situasi ini menuntut tahap kesiapsiagaan yang tinggi daripada semua pihak terutama di beberapa kawasan dikenal pasti berisiko menerima hujan berterusan," katanya dipetik.
Aminuddin berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) di Wisma Negeri, pada Rabu.
Sementara itu menurutnya, pemantauan rapi dan kerjasama semua pihak adalah penting bagi memastikan setiap situasi dapat ditangani secara berkesan sepanjang musim monsun.
Sehubungan itu, semua agensi berkaitan telah diarahkan memastikan persiapan berada pada tahap optimum.









Comments