top of page

Negeri Sembilan komited perkasa kepimpinan wanita - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 27
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Pakatan Harapan (PH) komited memperkasa peranan wanita sebagai pemimpin masyarakat, pembina keluarga, dan penggerak perubahan sosial secara menyeluruh.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar), menegaskan bahawa wanita bukan sekadar penyokong di belakang tabir, tetapi mesti diberi ruang sebenar untuk menyumbang di posisi strategik, baik di peringkat kampung, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan mahupun pentadbiran negeri.


"Kepimpinan wanita membawa dimensi empati, ketelusan dan ketekunan dalam tadbir urus.


"Mereka bukan sekadar penyokong, tetapi perlu diangkat sebagai pemimpin yang aktif membawa perubahan


"Wanita perlu menjadi suara prihatin dalam isu pendidikan, kesihatan, perumahan, dan alam sekitar," katanya dipetik.


Aminuddin berkata begitu ketika merasmikan pelancaran Wanita MADANI Inspirasi Negeri Sembilan (WADANI) .


Dalam ucapannya, Aminuddin turut menyatakan harapannya agar WADANI menjadi platform pemerkasaan wanita yang mampu memacu ekonomi komuniti serta menjadi benteng moral dalam menghadapi cabaran sosial dan politik semasa.


"Golongan wanita mesti mendorong perubahan sosial, memperkukuh keluarga, dan memacu ekonomi komuniti," tambahnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page