top of page

Negeri Sembilan catat sejarah pelaburan tertinggi tahun lalu



Kerajaan Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri itu pada tahun lalu.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sejumlah 189 projek pelaburan diluluskan di Negeri Sembilan dengan nilai pelaburan RM10.1 bilion.


Ia sekaligus melepasi nilai RM10 bilion yang disasarkan kerajaan negeri untuk 2023.

"Daripada jumlah tersebut, RM4.1 bilion adalah pelaburan domestik manakala RM6.0 bilion adalah pelaburan luar negara.


"Ia sekali gus ia merupakan lonjakan sebanyak 13% berbanding nilai pelaburan yang diterima pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM8.9 bilion," katanya dipetik selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri

Aminuddin sementara itu menjangkakan pelaburan baharu itu akan menawarkan sebanyak 3,250 peluang pekerjaan di negeri itu.


"Sektor yang menjadi penyumbang terbesar adalah sektor pembuatan berjumlah RM7.6 bilion dan diikuti sektor perkhidmatan sebanyak RM2.5 bilion.


"Ini adalah pencapaian pelaburan terbaik dan tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah di negeri ini," tambahnya.


Sementara itu jelas Aminuddin, pentadbirannya akan terus komited menyediakan fasiliti dan kemudahan asas untuk memastikan negeri ini kekal sebagai destinasi pelabur dari dalam dan luar negara pada masa akan datang.


Aminuddin turut mengucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak yang terlibat dalam usaha merancakkan pelaburan di negeri itu.


0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page