Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan bahawa telah mencatatkan kadar 10.09 peratus bagi jumlah vaksinasi berdasarkan populasi setakat hari ini.
Katanya, pendaftaran vaksinasi turut menunjukkan peningkatan dengan sejumlah 682,243 orang atau 83.89 peratus penduduk atas 18 tahun telah mendaftar.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 113,872 orang atau 13.98 peratus daripada pendaftaran telah selesai divaksinasi dan 221,179 orang atau 27.28 peratus daripada jumlah mendaftar telah berjaya mendapatkan dos pertama.
"Jumlah vaksinasi harian bagi 6 Julai 2021 turut meningkat kepada 15,414 dos, kadar yang lebih tinggi dari sebelumnya berikutan penambahan bekalan vaksin oleh pasukan Petugas Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Persekutuan.
"Semoga peningkatan ini dapat mempercepatkan Negeri Sembilan mencapai imuniti kelompok, Insya-Allah," katanya.
Comments