top of page

Negeri pembangkang tidak ditindas pada era Anwar



Propaganda ditimbulkan oleh laskar siber pembangkang kononnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berdendam dan zalim terhadap penentangnya tidak pernah ditunjukkan bukti sama sekali.


Bagi Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman yang telah bersama perjuangan reformasi sejak hari pertama Anwar dizalimi pada 1998, bukti sebaliknya yang menonjol adalah sifat pemaaf dan pemurah PM sejak hari pertama beliau berkuasa.


Katanya, hal itu dapat dilihat apabila negeri pembangkang seperti Kelantan dan Terengganu dilanda banjir diberi pelbagai bantuan segera, manakala dalam Belanjawan 2023 dan 2024 negeri yang tidak menyokong kerajaan pusat tetap diberikan peruntukan yang banyak, tidak sebagaimana PM sebelum ini.


"Kalau kata Anwar pendendam, tengok mana hari ini Kerajaan Negeri yang Anwar tidak lawati? Tidak beri sumbangan? Tidak berikan peruntukan? Negeri mana yang banjir Anwar tidak lawat?" tanyanya.


Menurut Zulkifli, Anwar juga tidak memiliki dendam peribadi ke atas mana mana individu sebagaimana yang kebelakangan ini menjadi serangan utama pembangkang di media sosial, selepas beberapa bekas menteri dan keluarga mereka disiasat.


Katanya, penyiasatan tersebut berkaitan dokumen kewangan yang berdekad lalu telah menjadi pengetahuan umum, malah Pas pun pernah meminta penyiasatan ke atas dokumen berkenaan ketika bersama KEADILAN dalam Pakatan Rakyat.


"Pada saya kalau orang kata Anwar pendendam, kita boleh tengok tak ada satu pun lagi orang yang pernah buat (aniaya) ke atas dia masuk penjara (atas alasan dendam lama).


"Hj Hadi Awang yang cukup benci dengan dia pun belum satu pun pendakwaan dibuat. Malah (Anwar) suruh bersangka baik (ke atas Hj Hadi).


"Azmin yang dah tentu khianat dalam parti (Langkah Sheraton) pun tidak (kena sebarang pendakwaan)," katanya.


Malah kata Zulkifli, Anwar merupakan satu satunya PM paling terbuka untuk dikritik dalam sejarah Malaysia. Hal itu kerana beliau sedia dihujani pelbagai soalan pada hari Selasa pagi dalam sesi soal-jawab PM di Dewan Rakyat.


Manakala pengkritik kerajaan yang bukan ahli politik pula tidak diambil tindakan menggunakan akta 'menggugat kestabilan negara' seperti SOSMA.


"Jadi rakyat hari ini kena buka mata, khususnya orang Melayu. Kena buka minda. Jangan baca Harakah, baca pun tajuk saja. Semak detail betul betul," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page