top of page

Negara tidak akan maju selagi rasuah berleluasa - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 18, 2022
  • 2 min read


Negara Malaysia dan negeri Johor tidak akan maju selagi rasuah berleluasa.


Hal itu dibangkitkan oleh Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam ceramah Ayuh Malaysia di Larkin, malam tadi.


Menurut beliau bangsa Johor perlu melakukan perubahan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 untuk meneruskan perubahan menentang rasuah yang dilakukan oleh kerajaan PH selama 22 bulan yang lalu.


"Kita saban hari melihat bagaimana kontrak, projek disalahguna atas nama politik. Ingat Johor akan maju selagi mana ada ahli politik yang salahguna kontrak? Tidak mungkin, mustahil.


"Selagi rasuah berleluasa, kita kena buang (kerajaan).


"Sekarang kita hadapi skandal kapal LCS, berbilion telah hangus. Di mana kita nak cari berbilion? Industri mana yang kita nak harapkan?


"Kita perlu menjadi orang yang prihatin untuk ubah kerajaan dalam pilihan raya. Kita tidak boleh ubah dasar pekerjaan, kehakiman, kontrak, termasuk semua program yang melindungi hak kita (jika tidak mengundi)," katanya.


Nurul turut prihatin dengan 400,000 anak muda Johor yang perlu berhijrah mencari pekerjaan di Singapura. Namun tiada pekerjaan yang sesuai di Johor menyebabkan mereka terpaksa menyeberang Selat Tebrau setiap hari.


Begitu juga dengan perubahan iklim, katanya, yang akan mengurangkan pendapatan rakyat negara ini khususnya dalam bidang pertanian.


"Tambah pula kesan iklim yang sangat menyengit. Dulu mungkin hasil padi, penternakan lebih baik tetapi selepas ini tidak ada jaminan.


"Beginilah kehidupan kita kalau tidak boleh laksana adaptasi iklim secara berkesan. Adaptasi iklim Malaysia, pelan pun tak siap lagi.


"Ia bukan soal perparitan semata mata. Parit boleh tampung hujan jika 20 tahun lalu. Purata turun hujan telah meningkat. Cara kita rancang, laksana harus ambil kira air hujan yang turun dan boleh diserap. Tanam pokok sebanyak mungkin, juga pulihhara hutan," katanya.


Tegas Nurul, adaptasi iklim juga tidak akan menjadi kenyataan jika kerajaan lama berkuasa dengan umum RM5 bilion 5 tahun tetapi tidak tahu ke mana dana dibelanjakan

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page