top of page

Negara sepatutnya lebih hebat, rasuah membataskan potensi



Kempen menentang rasuah yang dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini tidak sewajarnya ditentang atau dipersulitkan.


Hal itu, menurut Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya rasuah tidak berlaku berleluasa maka Malaysia sudah pun menjadi negara yang hebat pada hari ini sejak dikenali sebagai Harimau Asia pada 1990an.


"Bila saya ambil alih (sebagai PM) saya tidak bermaksud untuk menidakkan dan mengatakan semua yang dilakukan dulu rosak. Ada cadangan yang baik, tokoh yang baik tetapi sistem itu telah rosak dan ketirisan terlalu banyak. Bukan 1MDB saja, banyak.


"Orang tanya mengapa dulu tidak didakwa, mengapa sekarang didakwa. Bila saya diberi mandat, saya kata SPRM, Peguam Negara, badan kehakiman mesti bebas berintegriti jangan lindungi perasuah.


"Negara patutnya boleh dipacu lebih hebat tetapi penyakit (korupsi) ini yang sistemik menyebabkan kesemua jadi rosak. Kadang kadang bincang dengan badan penguatkuasa saya tidak tahu dari mana nak dimulakan. Dalam setiap fail ada masalah.


"Kadang kadang kita rasa bingung, mengapa hal ini (urusan pentadbiran) tidak boleh didukung oleh orang yang bersemangat Islam atau cintakan negara.


"Kenapa dipertikai, arahan saya tetap sampai sekarang. SPRM mesti tegas bertindak kepada sesiapa sahaja yang perolehi kekayaan kerana rasuah," katanya dalam ucapan penggulungan dalam Kongres Nasional Khas KEADILAN, petang tadi.


Berkenaan parti aliran Islam yang bertali arus menghentam beliau sebagai zalim menjalankan peranan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menyoal di manakah kezaliman beliau?


Katanya, beliau tidak memberi arahan pendakwaan terpilih kepada SPRM atau Peguam Negara. Semuanya berjalan bebas mengikut undang undang.


"Kenapa ketua parti Islam kata berlaku kezaliman, zalim apa? Kamu tahukah apa kes ini? Kamu baca ke pertuduhan dia? Kamu nak pertahan orang atau parti yang ambil RM200 - RM300 juta dari syarikat atau keputusan kerajaan, dan habuan itu dipindah ke parti.


"Zalim apa? Maknanya orang dalam perjuangan mereka dibolehkan mendapat kontrak RM100 juta (sedikit diberi) kepada parti. Itu yang kita tahu.


"Saya nak jawab. Kamu guna ayat Quran atau hadis sebanyak mungkin kita tetap ambil tindakan tegas kepada perasuah ini.


"Kalau kita tidak bersihkan, kita boleh berikan RM15 bilion untuk projek tebatan banjir tetapi kita tidak tahu apakah nilainya (hanya) RM13 atau RM14 bilion (yang lain diberi kepada parti)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page