top of page

Negara rugi tidak manfaat bakat pemimpin muda seperti Nurul Izzah



Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tidak perlu terus dipertikaikan, terutama oleh pembangkang.


Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata negara akan rugi jika tidak memanfaatkan bakat pemimpin muda seperti Nurul Izzah yang boleh menyambung suara generasi muda serta rakyat marhaen kepada PM.


"Wanita KEADILAN menyambut lantikan Nurul Izzah, saban generasi terpaksa menanggung beban berikutan ketandusan bakat untuk berkhidmat demi negara.


"Kami yakin dan percaya dengan kepemimpinan Naib Presiden KEADILAN itu dalam menggalas amanah ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menteri Pendidikan itu menegaskan Nurul Izzah bukan sahaja memiliki merit sebagai pembuat dasar selama tiga penggal di Dewan Rakyat malah katanya, beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sebelum ini telah membuktikan beliau berjaya memastikan setiap sudut khazanah dan dana awam dijaga secara yang terbaik.


"Selain itu Nurul Izzah berjaya melakukan anjakan paradigma kepada perspektif ekonomi pasca pandemik dalam penyediaan laporan Kajian Kemiskinan Multidimensi," ujar Fadhlina.


Kelmarin PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri. Pelantikan Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun atau gaji.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page