top of page

Negara rosak, perlu overhaul, orang muda cetuskan perubahan - Adam Adli



Negara Malaysia diibaratkan sebuah kereta yang telah rosak enjinnya dan tidak lagi boleh dibaiki secara minimum.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Adam Adli Abdul Halim berkata, sebuah kereta yang rosak enjinnya perlulah dioverhaul jika mahu bergerak semula. Banyak bahagian atau alat ganti yang perlu ditukar.


"Kereta kalau rosak enjin perlu overhaul, bukan sekadar tukar minyak enjin. Kalau enjin dah barai pergi overhaul kalau nak pakai.


"2018 kita berjaya takluk negara ini. Cuma dalam tempoh sekejap kita memerintah itu ramai tak senang duduk.


"Kalau kita perhatikan BN ini ada satu pernagai, tak boleh jadi pembangkang sebab dia tak boleh menyamun. Tak ada ghanimah nak beri ke kroni (kerana itu cari jalan jatuhkan kerajaan). Inilah masalah negara ini," katanya dalam program Pertemuan dan Makan Tengah Hari Bersama Wakil Persatuan Pelajar dan Pemuda Pakatan Harapan di Restoran Amjal berhampiran Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Menurut Adam, prinsip dirinya mudah, sekiranya terdapat kemiskinan di sesuatu kawasan maka di kawasan itu pasti terdapat rasuah.


Mahu membasmi kemiskinan, katanya, maka perlulah membasmi rasuah terlebih dahulu.


"Mana mana negara ada badan pencegah rasuah. Tetapi badan sebegini bolehkah kita harap betul betul?


"Kita pernah buat demonstrasi tangkap Azam Baki, orang nombor satu SPRM. Bayangkan kita buat demonstrasi lawan dengan ketua pencegah rasuah Malaysia. Nak tunjuk betapa rosaknya kita, sampai orang cegah rasuah itu pun kita kena lawan," katanya.


Adam yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda HARAPAN itu berkata, sudah tiba masanya anak muda mengubah sistem pemerintahan di Malaysia.


Ujar beliau, sistem yang ada hanya mementingkan kelompok elit politik atau oligarki ekonomi.


"Sistem yang digunapakai hari ini bukan sistem untuk masa depan. Baik dari segi sosial, pentadbiran dan sebagainya adalah sistem yang digunapakai hanya untuk menjaga kepentingan elit penguasa politik dan ekonomi. Mereka ini hanya akan terus kaut kuasa dan ekonomi untuk diri meereka.


"Ini yang dipanggil elit penguasa. Dalam negara diamalkan top one percent (kelompok 1% paling berkuasa).


"Malaysia antara negara antara kaya hasil bumi. Orang putih sampai ke sini ambil hasil kita. Semua hasil kekayaan orang biasa macam kita tak rasa kerana dikuasai oleh sebilangan kecil elit politik," katanya lagi.


Justeru itu, kata Adam, golongan muda terpelajar perlu menjadi pemuka kepada perubahan dan diikuti oleh kelompok anak muda lain demi mengubah masa hadapan kepada yang lebih baik.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page