Sektor pelancongan Malaysia sering tertumpu kepada promosi dan bukan produk yang menarik dan ingin dilihat pelancong.
Ahli Parlimen Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH- Balik Pulau) berkata, tiba masanya produk warisan budaya tidak ketara perlu ditonjolkan sebagai sebahagian daripada produk pelancongan identiti Malaysia.
"Saya telah meneliti jawapan timbalan menteri dan saya dapati ada beberapa warisan budaya yang tidak ketara dan tidak disenaraikan untuk Unesco seperti cinghe dan boria. Saya harap ia juga dimasukkan
"Kita kena tahu bila sebut pelancongan budaya, warisan tidak ketara ini merupakan tarikan kepada pelancong. Yang selalu kita tekankan ialah pemasaran pelancongan tetapi produk kita jarang tekankan. Menteri selalu tekankan pelancongan sedangkan budaya kurang ditekankan.
"Adakah kementerian ada dana khas untuk perkembangan budaya tidak ketara ini, seperti Mak Yong dan Dondang Sayang ini yang telah pun disenaraikan Unesco," katanya yang juga mantan Timbakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada era Pakatan Harapan.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Edmund Santhara berkata, kerajaan mengakui kekuatan yang dimiliki Malaysia dalam warisan budaya tidak ketara sebanding Singapura, Thailand atau Indonesia
Untuk itu, katanya kementerian mempunyai beberapa srtategi seperti perkongsian ilmu di web binar dan penerbitan bahan warisan-warisan tidak ketara dalam beberapa siri.
Comments