top of page

Negara Madani perlukan kawasan riadah di tengah bandar



Negara Madani yang diusahakan oleh kerajaan mengutamakan alam sekitar dan kawasan riadah untuk penduduknya.


Menurut Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, bandar Madani perlu mengutamakan kawasan riadah buat penduduknya.


Sehubungan itu beliau menghargai Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 6 di Parlimen Bandar Tun Razak yang memelihara serta mengubahsuai kawasan hijau di sekitar kediaman mereka menjadi kawasan rekreasi yang cantik serta selesa buat penduduk melakukan aktiviti riadah pada masa lapang.

DS Dr Wan Azizah merasmikan Riadah 5K Malaysia Madani 2023

"Kita ucap terima kasih kepada yang menjaga kolam takungan di sini.


"Perdana Menteri kita kata, kita boleh bangunkan negara namun kita tidak mahu bandar yang penuh dengan bangunan pencakar langit tetapi tidak ada di dalamnya tempat beriadah, untuk mendapatkan udara bersih.


"Kita diberi taklimat semasa Perintah Kawalan Pergerakan mereka (penduduk) buat kolam ikan dan semua ini. Ini menunjukkan bahawa ada hikmahnya (ujian pendemik Covid 19)," katanya dalam ucapan pelancaran Program 'Riadah 5K Malaysia Madani 2023' pagi tadi.


Sambil menganggap konsep yang diwujudkan oleh persatuan penduduk di situ bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani yang dibawa kerajaan, Dr Wan Azizah memuji usaha untuk memantapkan pembangunan manusia yang mengutamakan kejiranan serta alam sekitar.


"Bila kita tengok kolam komuniti, bagaimana kita bangunkan tempat ini, persekitaran tempat kediaman kita jadi sangat membanggakan.


"Kita rakyat Malaysia sama sama bangunkan. Kalau dah ada kolam ini apa yang kita boleh bangunkan lebih banyak konsep lain seperti, recycle, reuse dan sebagainya," katanya lagi.


Selain melancarkan Program 'Riadah 5K Malaysia Madani 2023' Dr Wan Azizah juga melancarkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 6 itu dan menggalakkan penduduk memasang bendera menjelang hari kemerdekaan hujung bulan ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page