top of page

Negara hebat amal prinsip toleransi, cintai kepelbagaian budaya



Negara yang hebat bukan sahaja dinilai dari bidang teknologi atau ekonomi tetapi dalam masa sama mengamalkan toleransi dan mengekalkan budaya tradisi.


Hal itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada majlis sambutan Pesta Kaamatan bersama pemimpin dan rakyat Sabah pagi tadi.


"Hari ini di Sabah untuk majlis sambutan Pesta Kaamatan bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin sambil diapit Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.


"Dalam ucapan, saya singgung hasrat Kerajaan Perpaduan dalam menjadikan Sabah negeri yang unggul dan hebat dalam pelbagai bidang tapi tetap mengakar budaya dan tradisi turun-temurun," katanya.


Kepelbagaian budaya menjadikan Sabah harmoni dan stabil yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi

Menurut Anwar, Sabah akan menjadi negeri hebat dengan meneruskan sikap terbuka dan tidak mempunyai ciri politik sempit dalam kalangan rakyat yang hanya mengutamakan kaum tertentu sahaja.


"Saya percaya, sebuah negara yang hebat akan mengamalkan prinsip terbuka, hormat toleransi, apresiasi dan menjiwai konsep manusiawi hatta saling mencintai kepelbagaian masing-masing.


"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Happy Pesta Kaamatan," katanya dalam catatan di Facebook.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page