top of page

Negara berdaulat, terbuka kepada perdagangan, teknologi, kemakmuran bersama - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

PM Anwar menyampaikan ucapan di Universiti Tianjin, sebuah institusi berprestij dalam bidang ilmu di China
PM Anwar menyampaikan ucapan di Universiti Tianjin, sebuah institusi berprestij dalam bidang ilmu di China

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, sebuah institusi berusia lebih 130 tahun yang berperanan besar dalam sejarah pendidikan tinggi di China.


Dalam syarahannya, beliau mengangkat hubungan Malaysia–China yang terjalin sejak lima dekad lalu sebagai bukti bahawa persahabatan tulus mampu berkembang menjadi kerjasama strategik merangkumi infrastruktur, tenaga hijau, ekonomi digital hingga kemudahan perjalanan rakyat.


"Keputusan Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China pada 1974 adalah langkah berani berlandaskan keyakinan pada masa depan, yang berkembang menjadi kepercayaan.


"Setiap pertemuan saya dengan Presiden Xi Jinping mengukuhkan kefahaman bahawa meskipun berbeza dari segi saiz, kedua-dua negara mampu berdiri setara dengan penuh hormat dan keikhlasan," kata Anwar dalam muat naik di Facebook.


Perdana Menteri menegaskan bahawa dalam suasana dunia yang penuh ketidaktentuan, hubungan ikhlas antara negara menjadi aset berharga.


Beliau turut menyentuh kegawatan ekonomi global, perubahan mendadak dalam peraturan dagangan serta bahaya perpecahan yang dipilih oleh sebahagian kuasa dunia.


"Hari ini kita menyaksikan tatanan dunia yang kian goyah. Peraturan dagangan berubah sesuka hati, kawalan eksport diumum dan ditarik balik sekelip mata dan perpecahan menjadi pilihan.


"Dalam kekalutan itu, kita punya tanggungjawab untuk memastikan sejarah dan tatanan dunia masa hadapan ditulis dengan dakwat Asia agar ia lebih adil, lebih terangkum dan memberi peluang kepada semua," ujarnya.


Anwar menggariskan pendekatan “kedaulatan dalam kebergantungan” sebagai jalan berbeza yang ditawarkan Malaysia – sebuah seni untuk berdiri teguh dengan pendirian sendiri, namun terbuka kepada aliran perdagangan, sumber dan teknologi bagi mencapai kemakmuran bersama.


"Ia bukan soal tunduk kepada orang lain, sebaliknya seni untuk berdiri teguh tanpa perpecahan. Negara boleh kekal sepenuhnya dengan pendirian dan kedaulatan, namun terbuka kepada aliran perdagangan, sumber dan teknologi yang diperlukan untuk mencapai kemakmuran bersama," kata PM sambil merujuk warisan falsafah dan sejarah rantau ini, termasuk pelayaran Laksamana Zheng He.


Beliau menegaskan, Asia kini memikul tanggungjawab sebagai pemacu pertumbuhan global untuk memastikan aturan baharu ekonomi tidak membawa kepada perpecahan.


"Perpecahan bukan sesuatu yang ditakdirkan. Kita boleh memilih jambatan atau membina tembok, memilih kerjasama atau persaingan sempit," kata Anwar lagi.


Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut menerima cenderamata yang dihadiahkan pihak universiti berupa replika sijil diploma pertama yang dikurniakan sekitar tahun 1900, simbol warisan pendidikan panjang Universiti Tianjin.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page