top of page

Nasihat Nurul Izzah tular, minta kerajaan sedia hadapi banjir sejak Julai lalu

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Dec 20, 2021
  • 1 min read

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pernah menggesa kerajaan supaya bersedia untuk menghadapi banjir di Parlimen beberapa bulan lalu.


Ketika itu, beliau mengingatkan kerajaan, banjir akan berlaku dalam tempoh pandemik Covid-19.


Katanya, jika kes Covid-19 telah pun memberi tekanan kepada sistem kesihatan negara, keadaan akan menjadi lebih teruk jika banjir tidak diambil kira dalam perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara.


“Di Pulau Pinang, kami sudah mengadakan kerjasama, kerajaan negeri, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pejabat daerah untuk menyediakan pelan rapi, perancangan menjelang banjir nanti.


“Jadi kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir ketika pandemik.


“Saya minta kesiapsiagaan ini diambil kira dalam pelan pemulihan dengan serius, khususnya oleh Kementerian Kewangan juga,” katanya Julai lalu.


Walaupun begitu, banjir berlaku dengan begitu buruk pada hujung minggu lalu terutamanya melibatkan kawasan Selangor seperti Shah Alam dan Sepang.


Ramai yang terkandas di atas jalan, tidak dapat pulang ke rumah, ada yang rumah dan kereta tenggelam sehingga terpaksa lari menyelamatkan diri.


Ada juga yang tidak sempat melarikan diri dan angka kematian kini berjumlah 9 orang.


Kerajaan kini berdepan dengan kritikan hebat kerana kelambatan respon, bukan sahaja dalam memberikan bantuan, tetapi juga dalam memberikan amaran lebih awal serta persediaan menghadapi banjir.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page