top of page

Nasib wanita Melaka lebih terbela di bawah pentadbiran PH - Ginnie Lim



Nasib wanita negeri Melaka lebih terbela di bawah pentadbiran kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) berbanding kerajaan Perikatan Nasional.


Menurut mantan Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka, Datuk Ginnie Lim, sepanjang pentadbiran PH pelbagai dasar membela kaum wanita diperkenalkan dan memberi manfaat kepada puluhan ribu kaum wanita negeri Melaka.


"Di bawah PH kami melaksanakan inisiatif 'tempat kerja mesra ibu'. Bagi ibu-ibu yang baru bersalin tetapi kembali bertugas, kami sediakan tempat kerja selesa untuk menyusukan bayi. Ibu-ibu tidak perlu menyusukan bayi di bilik menyuarat, tandas, setor dan sebagainya


"Kita juga bersama dengan Kementerian Wanita wujudkan taska yang di tempat kerja di 6 agensi kerajaan. Kami beri peruntukan khas kepada sektor swasta untuk menyediakan kemudahan sama di tempat kerja tetapi tidak sempat laksana kerana kerajaan jatuh.


"Kita juga menggalakkan wanita untuk ke hadapan dalam pengurusan, politik dan sebagainya.


"Kita cuba wujudkan akademi melatih wanita dalam kepimpinan dan pengurusan. Kami rancang sesiapa yang tamat akademi ini akan ditaja biasiswa untuk pendidikan selanjutnya," katanya dalam bual bicara "Studio Pasir Bergengung, PRN Melaka" semalam.


Menurut beliau, dalam keadaan pandemik Covid 19 berlaku peningkatan kes keganasan wanita di Melaka namun tanpa kesedaran moral yang tinggi, banyak kes tersebut didiamkan sahaja dan tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.


"Ada pelbagai isu wanita seperti keganasan rumah tangga. Dari segi angka yang dilaporkan di pihak polis dan hospital, ada kelainannya.


"Di hospital kes yang dilaporkan lebih tinggi daripada rekod polis pada tempoh sama. Bermakna ada kes tidak dilapor, ditarik balik dan sebagainya. Di sini kenapa kes keganasan berulang kerana kesedaran sosial yang kurang. Dulu setiap bulan November kami menganjurkan kempen anti keganasan wanita," katanya.


Selian itu, bekas ADUN Machap Jaya itu juga membariskan kejayaan pemerintahan Ketua Menteri Adly Zahari di Melaka yang banyak menyediakan skim untuk rakyat dan memudahkan bantuan diberi kepada pihak memerlukan tanpa kerenah birokrasi.


"Selain program dianjurkan dapat sambutan baik, kita pernah menganjurkan buat kali pertama sambutan hari Orang Asli Sedunia, juga kawasan DUN Machap yang ada 7 perkampungan Orang Asli.


"Kita juga ada inisiatif seperti membatalkan sokongan politik. Dulu perlu ada sain JKKK untuk borang bantuan Kebajikan Masyarakat, bila kita perintah tak perlu sain JKKK, pegawai kebajikan sahaja memeriksa tanpa campurtangan politik


"Kedua, kita membenarkan transaksi terus kepada bank, tidak perlu pergi ke pejabat DUN untuk mengambil bantuan. Supaya pihak penerima tidak perlu ambil cuti untuk dapatkan bantuan," katanya lagi.


Sehubungan itu, kata Ginnie, amat penting PH dipilih untuk kembali mentadbir Melaka bagi menyambung perancangan yang terganggu akibat pengkhianatan Langkah Sheraton yang lalu.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page