top of page

Nasib pekerja tidak terbela: Industri guna pelbagai alasan ambil buruh asing



Selama 60 tahun kerajaan BN berkuasa nasib pekerja bawahan di Malaysia tidak terbela.


Apabila BN kembali berkuasa di peringkat Persekutuan hari ini, isu yang sama terjadi dan pekerja asing lebih diutamakan dalam pengambilan kerja kerana majikan boleh menekan mereka bekerja 12 jam sehari.


Hal berkenaan didedahkan oleh Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dalam siri Borak Dahsyat bertajuk "Gaji Minima vs Kos Sara Hidup", malam tadi.


"Akta Pekerja tidak mengizinkan penggantian pekerja tempatan kepada pekerja asing. Bila kita tengok dalam sektor pembuatan longgokan (pekerja asing) itu melepasi 1 juta dalam maklumat tidak rasmi.


"Sektor pembuatan ini bukan berisiko. (Industri) sarung tangan (getah) misalnya masih lagi menawarkan kepada pekerja asing tidak seperti mana peluang diberi kepada pekerja tempatan.


"Mengikut tinjauan kita buat, mereka kata pekerja tempatan telah ditawarkan. Sedangkan bila orang minta kerja dia kata tiada kekosongan. Kemudian mereka kata pekerja tempatan tak mahu, sedangkan kita tahu pekerja tempatan mohon untuk kerja kilang," katanya.


Menurut mantan pemimpin MTUC itu lagi, pekerja tempatan sanggup berkerja di sektor industri tetapi mereka mahukan hak hak pekerja terbela dan hal itu sudah tentunya tidak diberikan kepada pekerja asing.


Oleh itu, katanya, majikan lebih suka menggajikan buruh asing.


"Ketika mereka (pekerja tempatan) bertugas, kemudahan tidak sebagaimana pekerja asing. Pekerja asing ada asrama, diberi makan minum, sedangkan pekerja tempatan tidak begitu.


"Saya lihat penguatkuasaan yang diberikan ini tidak menyeluruh. Saya dah test berapa kilang dan beritahu kepada kementerian inilah yang berlaku.


"Pekerja asing misalnya kerja 12 jam sehari dan melanggar Akta Pekerja. Inilah beberapa perkara yang pekerja tempatan tidak boleh bersaing akan hak mereka. Sebab itu saya kata satu pembohongan pekerja tempatan tidak mahu bekerja," katanya.


Menjawab soalan mengapakah negara sering menghadapi masalah berulang sama ada dalam sektor pekerjaan atau isu harga barang, Abdullah berkata, pemerintah Malaysia tidak mempunyai kaedah jangka panjang dalam menyelesaikan isu.


Katanya, semua hal diselesaikan dengan melantik jawatankuasa yang belum tentu individu kompeten dilantik dalam jawatankuasa berkenaan.


"Kerajaan ini bila ada masalah baru nak ditubuh jawatankuasa, misalnya kos sara hidup. Baru nak tubuh jihad, apa yang dibuat jihad ini selama ini?


"Ini yang berlaku. Kerajaan tak ada satu rangka, masalah yang berlaku itu disediakan jalan penyelesaiannya. Dasar kerajaan bercelaru. Tidak konsisten. Langkah yang diambil pada waktu tertentu dan tidak berterusan," katanya lagi.


Tegas Abdullah beliau telah menyarankan pelan pemulihan selepas pandemik Covid 19 ketika Perintah Kawalan Pergerakan masih dilaksanakan. Namun tiada langkah yang jelas diambil kerajaan.


Setelah pandemik masuk ke era endemik, katanya, kerajaan tidak ada penyelesaian terutama kepada sektor pekerjaan dan pengangguran rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page