top of page

Nasib 500 pekerja MYAirline dapat pembelaan



Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membantu lebih 500 pekerja MYAirline yang terjejas susulan penggantungan operasinya sejak Khamis lalu.


Menterinya V Sivakumar berkata, kementeriannya sentiasa memantau perkembangan terkini kemelut syarikat penerbangan tambang murah itu bagi memastikan kebajikan pekerja diambil tindakan segera.


Pekerja yang terjejas dan diberhentikan akan menerima gantian pendapatan melalui agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk tempoh tiga hingga enam bulan sementara mendapat kerja baharu.


"Berdasarkan rekod caruman Perkeso, 500 pekerja dijangka menerima manfaat Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso.


"Manfaat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) itu diberikan selepas semakan terhadap rekod caruman Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mereka memenuhi syarat kelayakan," katanya dalam kenyataan.


Media pada Ahad melaporkan keluhan pekerja MYAirline yang mendakwa gaji September yang sepatutnya dibayar selewat-lewatnya pada 7 Oktober masih gagal dibayar manakala caruman pula tidak dibuat sejak Mei walaupun pemotongan telah dibuat.


Pekerja yang tidak dinamakan itu berharap isu tunggakan gaji dan caruman KWSP serta Perkeso dapat diselesaikan segera.


Sementara itu Sivakumar berkata KSM juga akan membantu pekerja yang terjejas menerusi peningkatan kemahiran (upskilling) mengikut keperluan individu.


"Malah, mereka akan dimaklumkan mengenai kekosongan jawatan dan penempatan pekerjaan baharu melalui portal perkhidmatan pekerjaan negara MYFutureJobs.


"Bantuan kepada pekerja yang terkesan juga turut merangkumi perkhidmatan sokongan pekerjaan secara individu dan kaunseling kerjaya oleh pegawai perkhidmatan pekerjaan Perkeso," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page