Naratif Melayu-Islam modal politik: Melayu tidak dijaga, Islam masih dihina



Penghinaan agama Islam oleh beberapa individu sejak kebelakangan ini, pada waktu Pas dan Umno menjadi Kerajaan Persekutuan menimbulkan tanda tanya apa sudah jadi kepada janji kedua dua parti itu kononnya maruah bangsa dan agama terbela di bawah pemerintahan mereka.


Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, retorik Melayu - Islam hanyalah semata mata modal politik untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 dengan isu kilang arak, pembunuhan Adib dan sebagainya.


Sedangkan, kata beliau, selepas Umno dan Pas memerintah nasib bangsa dan agama tidak langsung lebih baik berbanding di bawah PH.


"(Pas selalu kata) kita kena pertahankan hukum Allah tetapi kita lihat bila mereka jadi Kerajaan Persekutuan tak timbul pun hukum hudud. MCA cakap pasal hudud jangan bawa dalam kabinet. Awal awal dia beri amaran kepada Pas.


"Namun isu ini bertali arus dimainkan dalam pilihan raya. Mereka tahu orang Melayu ini selepas mati mereka mencari syurga. Ada ruang syurga yang dia (pengundi) sendiri pun tak paham.


"Itulah (Pas) buat modal yang boleh dipertontonkan. Saya nak tanya orang Kelantan dan Terengganu yang lama diperintah Pas, apa yang mereka dapat? Kalau dibandingkan dengan Selangor, luar biasa produk yang kita keluarkan kepada rakyat," katanya dalam forum Borak Dahsyat bertajuk "Pentadbiran PH: Melayu Islam tergugat?".


Tambah Abdullah, hal yang lebih merbahaya terjadi di bawah kerajaan Melayu - Islam adalah nilai baharu, iaitu jika ahli politik Umno - Pas melakukan kesalahan maka mereka kekal suci berbanding ahli politik PH.


Hal itu, katanya boleh dilihat dengan penjenayah dan koruptor yang disanjung oleh kerajaan BN - PN ketika ini.


"Isu negara yang menjadi barah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, berbilion rakyat kena bayar semua itu tidak menjadi masalah.


"Ada pemimpin Pas menyatakan rasuah itu tak salah. Juga bukan fokus mereka membenteras jenayah.


"Adakah dengan melakukan rasuah dan pembaziran mega, projek diberi kepada kaum kerabat dan mengambil dana negara dibenarkan?


"Itu dipanggil apa? Perompak Melayu?" tanyanya.


Abdullah kesal ketika PH memerintah selama 22 bulan isu Tabung Haji (TH) dimainkan sedemikian rupa sehingga tokoh tokoh parti tertentu sanggup menggunakan masjid untuk menabur fitnah kononnya PH menjual TH kepada orang kafir.


"Apa yang saya lihat isu TH dibawa ke dalam kuliah masjid. Dr Mujahid telah menjual kepada orang kafir.


"Bila dibawa dalam audit, jelas TH dalam keadaan kritikal," katanya.


Beliau turut mencabar Pas yang menyatakan mereka lebih Islam berbanding orang lain, apakah isu air bersih di Kelantan bukan tanggungjawab kerajaan Islam untuk menyelesaikannya.


"Masalah air tak selesai. Katanya 30 tahun baru selesai. Kenapa tidak diletakkan sebagai agenda utama negeri?


"Adakah Islam suruh minum air tanpa rawatan, warna seperti teh tarik? Ini tanggungjawab diamanahkan bila diberi kuasa oleh pengundi. Tetapi bila dapat kuasa, suruh rakyat minum air sungai, 30 tahun lagi selesai masalah air.


"Dalam Islam derita rakyat ini tanggungjawab pemimpin," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER