Nama kerajaan Melayu Islam, tapi beri kebenaran pesawat Israel lalu ruang udara negara
- Omar Zin
- May 30, 2021
- 1 min read

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menempelak tindakan kerajaan membenarkan pesawat Israel melalui ruang udara Malaysia.
Beliau berkata, kerajaan gagal mempertahankan prinsipnya selaku kerajaan Melayu Islam.
"Menteri MIC Saravanan, menteri MCA Wee Ka Siong dan menteri Bersatu Ronald Kiandee adalah tiga menteri bukan Islam dalam kabinet.
"Selebihnya menteri kerajaan hari ini Melayu Islam. Jaga tanahair, pertahan agama dan bela bangsa!" katanya.
Pada masa sama, Saifuddin berkata ia jelas membuktikan bahawa Perikatan Nasional (PN) sekadar mempergunakan isu Melayu dan Islam untuk memenangi hati rakyat.
"Akhbar melaporkan rupanya pesawat pengintip Israel itu diberi izin terbang di ruang udara kita. Semakin terserlah wajah mereka.
"Rupanya kerajaan Melayu Islam yang beri kelulusan terbang kepada pesawat pengintip Israel," katanya.
留言