Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengemukakan persoalan mengapakah dalam Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak menerangkan kaedah memperkuat sistem kesihatan negara.
Katanya, iltizam PM mahu menjaga institusi kesihatan adalah baik namun mengapakah nasib doktor kontrak tidak dijaga sehingga mereka terpaksa melancarkan hartal.
"Saya bila PM katakan ada pelan yang menyeluruh, fasa, future looking. Saya nak tanya kalau kita nak jaga institusi kesihatan kita kenapa kita tak jaga doktor-doktor?
"Kenapa kita ada doktor yang memberikan khidmat sumbangan begitu lama, sampai ke tahap mereka terpaksa mengadakan hartal?" tanyanya.
Menurut Dr Wan Azizah lagi, doktor yang telah berkorban ruang kehidupan mereka dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit perlulah dihargai.
"Sebab itu saya katakan bahawa jagalah pekerja barisan hadapan ini. Kita sebagai seorang doktor yang telah menjalani latihan, kita banyak memberikan khidmat tetapi apabila kerajaan tidak merasakan sedikit simpati. Walaupun bagi sedikit, macam 'batuk atas tangga'.
"Kita fikirkan, panggillah mereka, bincang. Itulah saya nak tanya kerana apa pun dikatakan dalam pelan, kalau dokter ini tidak dijaga dengan baik itu tidak akan membolehkan pelan ini realitic on the ground," katanya lagi.
Comments