Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan sebuah bangunan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.
Beliau berkata, PN dibina atas tindakan khianat sekali gus tidak mempunyai kestabilan politik dan kepercayaan rakyat.
"Perkara penting mendirikan sesebuah bangunan.. “foundation” nya mesti kukuh. Nescaya bangunan itu terdiri teguh.
"Demikian mendirikan sesebuah kerajaan. Jika didirikan di atas asas khianat dan mengambil yg bukan hak kita maka tiadalah rahmah dan barokah," katanya.
Disebabkan itu, Saifuddin berkata kerajaan PN boleh memberikan apa jua alasan untuk terus berkuasa namun beranggapan ia tidak akan kekal lama.
"Hasilnya kerajaan itu sentiasa dihimbau bimbang dan takut. Juga tidak ujud kestabilan politik. Kerajaan jadi lemah. Pentadbiran kucar kacir bila dilanda ujian.
"Berilah apa jua justifikasi dan dalil terpilih bersandar agama kerajaan itu tidak akan dapat mengembalikan kekuatannya, apalagi kepercayaan rakyat.
"Maka sambungan hayatnya, gantung Parlimen dan mohon darurat dengan alasan melawan Covid-19. Hari ini kita bersaksikan kes terus meningkat.
"Benarlah pesanan Saidina Umar Al-Khatab, negara yang makmur sekalipun boleh binasa jika pemimpinnya khianat," katanya.
Comments