top of page

Bukan Najib Tidak Minat Rafizi, Cuma Takut Dengan Rafizi

Updated: Aug 3, 2022



Oleh: Muhammad Azha Salahudin


ULASAN: Kemunculan semula saudara Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden KEADILAN yang dipilih dalam pemilihan parti baru-baru ini telah menjadi satu mimpi ngeri bagi bekas Perdana Menteri iaitu Najib Razak. Hentaman demi hentaman yang diberikan kepada Rafizi dalam posting Facebook milik Najib Razak telah membuktikan bahawa beliau takut dan tak senang duduk terhadap sosok berkenaan yang sentiasa mendedahkan penyelewengan dan ketirisan yang dilakukan oleh Najib Razak dan pemimpin Umno.


Pendedahan yang dibuat oleh Rafizi sebelum ini berkenaan isu penyelewengan dana 1MDB yang melibatkan Najib telah terbukti benar apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa yang melibatkan dana sebanyak RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Selain itu, Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta atas tujuh kesalahan yang disabitkan.


Rakyat terpaksa bayar hutang


Kesannya, rakyat terpaksa menanggung beban hutang 1MDB sebanyak RM32.3 bilion dan faedah pinjaman sebanyak RM6.5 bilion akibat penyelewengan dan rompakan duit rakyat yang dilakukan oleh Najib dan penjenayah dalam buruan yang bernama Jho Low.

Muhammad Azha Salahudin

Bukan itu sahaja, Rafizi juga pernah membuat  pendedahkan tentang penyelewengan dana yang melibatkan National Feedlot Corperation (NFCorp) yang merupakan syarikat milik keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil yang merupakan bekas pemimpin wanita Umno.


Sebanyak RM250 juta duit rakyat yang sepatutnya digunakan untuk projek industri penternakan negara telah disalahgunakan oleh syarikat NFCorp dengan membeli kondominium mewah di beberapa buah negara. Dana RM250 juta ini sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat tetapi telah digunapakai untuk kepentingan keluarga Tan Sri Shahrizat Jalil.


Sehingga ke hari ini, kes ini masih berjalan di Mahkamah dan NFCorp perlu membayar balik pinjaman dan faedah sebanyak RM253.6 juta kepada kerajaan.


Najib, Umno cukup takut kepada Rafizi


Atas sebab itu, Najib dan konco-konco Umno cukup takut dengan kemunculan Rafizi dalam arena politik kerana mereka risau banyak penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Umno akan didedahkan kepada rakyat.


Sekembalinya Rafizi ke arena politik, beliau terus membangkit isu tuntutan waris Kesultanan Sulu yang telah diberhentikan pembayaran tahunan sebanyak RM5,300 sejak tahun 2013 semasa pemerintahan Najib Razak. Atas kecuaian Najib negara kita berhadapan dengan tuntutan sebanyak RM67.5 bilion daripada waris Kesulatanan Sulu.


Kemenangan Rafizi sebagai Timbalan Presiden KEADILAN sedikit sebanyak menyuntik semangat ahli-ahli KEADILAN untuk membawa kembali negara ke landasan yang betul setelah dirosakkan oleh kerajaan PN-BN dan seterusnya memberi kesedaran kepada rakyat tentang penipuan yang dilakukan oleh PN-BN.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Setiawangsa

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page