top of page

Najib tidak bayar pajakan, PM Ismail tidak fail injuksi keputusan mahkamah Perancis, PH salah?



Komen bekas Perdana Menteri Najib Razak kononnya saman waris kesultanan Sulu ke atas kerajaan Malaysia berlaku kerana salah kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah usaha untuk mengalihkan isu kelemahan pentadbiran beliau sebelum ini.


Diakui pentadbiran Najib tidak membayar wang pajakan RM5,300 setahun setelah serangan pengganas Sulu ke atas Sabah, namun tiada tindakan undang undang diambil oleh waris kesultanan Sulu atas keingkaran tersebut sehinggalah 2018.


Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Najib tidak wajar menyalahkan kerajaan PH kerana beliau tidak menyelesaikan kes pajakan berkenaan secara undang undang ketika mempunyai peluang terbaik berbuat demikian rentetan pencerobohan pengganas Sulu.


"Mantan PM Najib Razak cuba meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pentadbiran PH berkaitan isu waris Kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan bernilai AS$2 bilion (RM8.87 bilion).


"Perkara ini telah disahkan Petronas semalam. Petronas menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahan kedudukannya dari segi undang-undang.

Saman ke atas Malaysia telah dibayangkan sejak 2013

"Semalam juga sahabat saya, YB Chan Foong Hin mempersoalkan di mana Peguam Negara semasa yang sepatutnya memastikan perkara ini tidak berlaku?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Naib Presiden KEADILAN itu juga menyelar Najib daripada terus menyalahkan PH dengan hujah yang lemah lebih baik bekas PM itu bertanya kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengapakah kerajaan Malaysia tidak memfailkan injunksi ke atas keputusan mahkamah Perancis sekiranya kerajaan BN lebih cekap daripada PH.


"Mengapa tidak ada injunksi atau perintah sekatan yang difailkan terhadap pewaris kesultanan Sulu yang dikatakan melakukan tindakan undang-undang yang tidak berasas?


"Apa yang telah dilakukan Peguam Negara dan kerajaan setelah perintah timbang tara diperoleh? Apakah yang telah dilakukan untuk mengetepikan perintah timbang tara itu?


"Saya hanya melihat Najib seperti biasa .... menyalahkan Pakatan Harapan," katanya.


Menurut Nik Nazmi lagi, rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan sandiwara Najib kerana PH bukanlah kerajaan hari ini.


Kegagalan mengambil tindakan pencegahan seharusnya ditanggung oleh Kerajaan BN - PN dan bukannya PH.


"Umno sebahagian daripada Kerajaan hari ini. Malah, Perdana Menteri juga dari Umno.


"Kita jangan lupa, insiden pemberhentian bayaran pajakan RM5,300 setahun pada 2013, ketika Umno menerajui Kerajaan. Siapa lagi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu jika bukan Najib?


"Adalah lebih baik beliau menasihatkan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan segera.


"Sekiranya ia dibiarkan, satu lagi aset negara akan hilang; ia juga jelas mencemarkan kedaulatan negara," kata beliau lagi.


Semalam peguam kepada waris kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan bernilai AS$2 bilion (RM8.87 bilion).


Ini sebahagian dari tuntutan mereka bernilai AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) ke atas kerajaan Malaysia.


Aset negara yang dirampas itu terdiri daripada aset Petronas didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page