top of page

Najib Razak telah hilang kelayakan Ahli Parlimen - Hassan Karim



Kenyataan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun bahawa bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak masih kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga permohonannya diputuskan oleh Lembaga Pengampunan dipertikaikan oleh beberapa pihak.


Bagi Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan, Hassan Abdul Karim, berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan Najib telah pun hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.


Katanya Perkara 48(1) menyatakan “Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika-


48 (1)(e) : dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;”


"Keempat empat syarat kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen itu jelas ada pada Najib Razak.


"Pada 23 Ogos 2022 Mahkamah Persekutuan yang menjadi mahkamah tertinggi dalam Persekutuan Malaysia telah menjatuhkan hukuman Najib dipenjarakan selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta. Sehingga hari ini Najib Razak tidak mendapat pengampunan bebas.


"Keputusan itu adalah keputusan terakhir kerana tidak ada mahkamah lebih tinggi daripada Mahkamah Persekutuan dalam sistem perundangan Malaysia.


"Walaupun Najib Razak ada memfailkan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi prosiding pengampunan diraja itu belum didengar. Lembaga Pengampunan Diraja bukannya mahkamah," kata Hassan dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, pengampunan Najib melalui kuasa Yang di-Pertuan Agong pula adalah atas nasihat Perdana Menteri, sesuai dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat PM.


Manakala dari segi undang undang, kata Hassan, sabitan kesalahan Najib dalam pertuduhan kes SRC International adalah kekal. Hukuman Penjara 12 tahun dan denda RM210 juta telah pun berkuatkuasa.


"Tidak ada penggantungan perlaksanaan diberikan oleh Mahkamah Persekutuan kepada Najib Razak (terhadap hukuman).


"Ini bermakna semua syarat kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen ada pada Najib sekarang. Agak pelik dan aneh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun memutuskan Najib masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan," katanya.


Hassan bagaimanapun tidak menafikan Najib Razak telah memfailkan prosiding semakan di Mahkamah Persekutuan supaya mahkamah tersebut mendengar permohonan menyemak keputusan lima orang hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tunku Maimun pada 23 Ogos lalu oleh korum hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lain.


Namun katanya, permohonan semakan oleh Najib itu bukanlah satu penggantungan perlaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.


"Tidak ada dinyatakan di dalam Perlembagaan jika seseorang Ahli Parlimen merayu kepada Lembaga Pengampunan Diraja atau memohon semakan mahkamah maka kelayakannya sebagai Ahli Parlimen tetap kekal.


"Sebaliknya apa yang dinyatakan dengan jelas di bawah Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan jika pesalah itu, yang telah dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda yang tidak kurang daripada dua ribu ringgit, dan dia tidak mendapat pengampunan bebas maka dia hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen," kata Hassan lagi.


Justeru, beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dan juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-hak Di bawah Perlembagaan menuntut supaya Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun mengkaji kembali keputusannya berkenaan kelayakan Najib sebagai seorang Ahli Parlimen.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page