Najib boleh ikat jamin, pemandu rempuh 8 remaja harus dapat hak sama?



Hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi di Johor Bahru hari ini ke atas seorang kerani, Sam Ke Ting, 27, yang didapati bersalah kerana memandu melulu merempuh 8 remaja berbasikal lajak sehingga menyebabkan kematian 5 tahun lalu menimbulkan kontroversi di media sosial.


Hukuman penjara serta merta tanpa dibenar ikat jamin itu dijadikan perdebatan oleh warga maya memandangkan bekas Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini yang dijatuhi hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh diikat jamin dan bebas menunggu keputusan rayuannya.


Ahli Parlimen Bayan baru, Sim Tze Tzin tertanya tanya apakah tiada pilihan ikat jamin bagi Sam Ke Ting dalam situasi tersebut.


"Saya bersimpati dengan Sam Ke Ting. Saya juga berasa sedih dengan 8 remaja itu. Ini adalah kemalangan jalan raya yang tragis, period


"Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan penghakiman mahkamah. Kita perlu rasional," katanya dalam kenyataan hari ini.


Berbeza dengan nasib yang lebih baik buat Najib, kata Sim, wanita muda tersebut tidak menikmati kebebasan sehingga semua proses rayuannya berakhir.


"Sam belum menghabiskan semua proses rayuan. Dia harus diikat jamin sehingga menunggu rayuan terakhir.


"Jika Najib Razak boleh mendapatkan ikat jamin sambil menunggu rayuan, begitu juga dengan Cik Sam," katanya.

Sebelum ini, Sam Ke Ting dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun lepas


Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 18 Februari 2021 dan Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Sam supaya membela diri.


Dalam penghakimannya, hakim Datuk Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman penjara ke atas Sam Ke Ting bermula hari ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER