top of page

Belia perlu amal hidup sederhana hadapi ketidaktentuan ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Golongan belia di negara ini diseru supaya mengamalkan gaya hidup sederhana serta berbelanja secara berhemah berikutan situasi ketidaktentuan ekonomi global yang berpotensi memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negara.


Menteri Belia dan Sukan (KBS), Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) menerusi satu kenyataan berkata, golongan belia perlu peka terhadap perkembangan geopolitik dunia yang boleh memberi impak kepada kos sara hidup, peluang pekerjaan serta kehidupan rakyat.


"Belia digalakkan mengamalkan gaya hidup sederhana, berdisiplin dalam pengurusan kewangan serta membuat perancangan masa depan yang lebih bijak selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI," katanya dipetik.


Beliau sementara itu turut berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini memerlukan semua pihak, termasuk belia, untuk lebih berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran semasa.


"KBS yakin dengan kesedaran, disiplin dan semangat tanggungjawab, generasi muda mampu menjadi tonggak penting dalam membina masyarakat yang lebih berdaya tahan selaras dengan nilai dan aspirasi Malaysia MADANI," tambahnya.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan agar rakyat Malaysia bersiap siaga dan mengamalkan sikap berjimat cermat berikutan konflik antara Iran dan Amerika Syarikat (AS)-Israel yang masih berlarutan.


Kerajaan jelasnya telah mula mengambil langkah proaktif bagi mengurus perbelanjaan negara secara berhemah, antaranya dengan tidak mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat kementerian dan jabatan serta mengehadkan perjalanan rasmi ke luar negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page