top of page

Naiktaraf pertanian: Tubuh koperasi, beri latihan kepada petani Sarawak



Usaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk menjadikan negeri itu sebagai jelapang makanan bagi Malaysia Timur disokong oleh KEADILAN Sarawak.


Menurut Ketua Penerangan Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Diog Dios, dalam usaha meningkatkan sektor pertanian seharusnya Kerajaan Negeri menaiktaraf kehidupan dan aktiviti bertani petani Sarawak kepada yang lebih komersial dan menjadi kerjaya lumayan kepada para pengusahanya.


"Usaha kerajaan negeri Sarawak memperkukuhkan sektor pertanian dan mempertingkatkan keselamatan makanan merupakan satu usaha dan inisiatif yang dialu-alukan bagi memastikan kelestarian pengeluaran makanan yang lebih terjamin dan mampu berdaya tahan.


"Namun kerajaan Sarawak disarankan mempertingkatkan mekanisme sedia ada agar lebih efisen seandainya mahukan usaha ini berjaya.

"Kerajaan Negeri juga disaran memperkasakan pertanian dengan menyalurkan segala bentuk bantuan berkaitan kepada para petani agar mereka dapat memodenkan dan memperkembangkan kaedah pertanian seraya mampu menambah produktiviti.


"Pada masa yang sama Kerajaan Negeri seharusnya menambah prasarana pertanian yang terkini agar mereka boleh fokus kepada satu bidang kerjaya sahaja dan mampu berdaya saing. Dengan memberi lebih fokus kepada bidang pertanian maka diharap petani akan dapat menambah produktiviti serta menyumbang kepada keterjaminan makanan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau juga mencadangkan agar kerajaan Sarawak mendidik para petani menubuhkan koperasi tani sendiri yang boleh membeli benih, baja dan sebagainya secara pukal dan dengan kos lebih murah.


Koperasi juga, katanya, boleh memasarkan hasil pertanian ke pasaran yang lebih luas dan menyediakan pengangkutan yang lebih baik berbanding petani penjual tuaian kepada peraih dengan harga rendah.


"Kerajaan boleh membantu menubuhkan koperasi dan pusat pengumpulan hasil pertanian serta menyediakan latihan kepada mereka terutama yang memerlukan kemudahan untuk menjual hasil pertanian. Dengan latiha dipertingkatkan akan dapat membantu dan memberi mereka keyakinan serta mampu berdaya saing selain dapat memodenkan cara bertani.


"Oleh yang demikian Kerajaan Negeri disaran untuk mengkaji kaedah terkini yang lebih efektif dan berkesan untuk menyalurkan bantuan pertanian ini agar ia betul-betul sampai kepada petani," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page